Pengurusan KUMIPA Berhad (PKB)
- Syarikat milik penuh Amanah Saham Pahang Berhad (17251-P) iaitu sebuah agensi kerajaan Negeri Pahang yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
- Modal dibenar sebanyak RM10 juta dan modal berbayar sebanyak RM7,000,002.
- Mula beroperasi sebagai syarikat pengurusan saham amanah pada 20 Disember 1993.
- Menguruskan Tabung Kumpulan Modal Bumiputra Pahang yang telah dilancarkan semula pada 20hb Jun 1994. Tabung Kumpulan Modal Bumiputra Pahang tersebut sekarang dikenali sebagai KUMIPA Balanced Fund.
- PKB mempunyai pengalaman melebihi lima belas tahun (15) tahun di dalam industri unit amanah dan pengurusan pelaburan sejak mengambilalih pengurusan Tabung Kumpulan Modal Bumiputra Pahang pada tahun 1993. Pada masa ini aktivitinya hanya menguruskan satu tabung amanah sahaja iaitu KUMIPA Balanced Fund.